Saturday, November 15, 2008

kata itu kota

kata itu kota bermaksudbahawa jika seseorang itu berjanji,janji itu hendaklah ditepati.Terdapat satu lagi peribahasa yang mempunyai maksud yang saadengan peribahasa ini.Peribahasa itu ialah,kerbaudipegang pada tali,manusia dipegang pada janjinya.

Oleh hal yang demikian,kita janganlah mudah berjanji jika tidak dapat ditunaikan.orang yang tidak menunaikan janjinya sukar mendapat kepercayaan orang lain.Ini membawa akibat yang buruk.

Contohnya,Arman meminjam buku sejarah daripada Amalia .dia berjanji akan memulangkan buku itu esok.Arman tidak memulangkan buku itu.Suatu hari,Arman mahu meminjam buku yang lain pula daripada Amalia.Kali ini Amalia tidak memberi pinjam buku kepada Arman lagi kerana Arman tidak menunaikan janjinya dulu.

Ini menunjukkan bahawa orang yang tidak menepati janji tidak akan dipercayai.Oleh itu,tepatilah janji jika kita mahu orang lain sentiasa mempercayai kita.

No comments: