Saturday, November 15, 2008

kebaikan makan makanan yang berkhasiat.

Manusia memerlukan makanan untuk bergerak dan bekerja.Tanpa makanan,udara dan air manusia tidak akan hidup.Oleh itu,untuk meminjam tubuh badan yang kuat dan sihat,kita memerlukan makanan yang berkhasiat.

Apabila badan kita kuat dan sihat,penyakit tidak mudah menyerang kita.Makanan yangberkhasiat juga dapst membina otak yang cerdas.Apabila otak kita cerdas kita dapat belajar dengan sempurna.Kesihatan tubuh badan dan kecerdasan otak juga perlu semasa kita melakukan sesuatu pekerjaan.

Makanan yang berkhasiat adalah makanan yang mengandungi cukup protein,karbohidrat,vitamin dan mineral.Makanan-makanan jenis ini terdapat di sekeliling kita.Makanan yang mahal harganya tidak semestinya berkhasiat.

Oleh hal yg demikian, pastikan bahawa makanan yang kita makan setiap hari mengandungi khasiat yg diperlukan oleh tubuh badan.Makanan berkhasiat sudah tentu menjamin kehidupan yg cemerlang.

2 comments:

aisyah nadiah said...

thankyou so much :) memang membantu lah saya buat kerja xD

Unknown said...

thank you so much